Tuesday 14 January 2014

Saya Nak Kurus, Tapi...

Manusia boleh bagi 1001 alasan untuk setiap satu perkara yang mereka nak buat tapi tak buat-buat lagi sampai sekarang.. Ini termasuklah dengan mereka yang berhajat nak kurus dan tahu apa yang mesti mereka buat untuk kurus, tapi tak laksanakan langkah-langkah yang mereka perlu buat tu atas alasan masing-masing..

Semua orang tahu, kalau nak kurus mesti:
  1. kurangkan makan - ni benda paling susah nak buat terutamanya untuk orang-orang yang suka mengunyap macam saya.. mengunyap tu adalah aktiviti yang wajib, lagi-lagi kalau tengah stress..!
  2. rajin exercise - ini penting, sebab melalui exercise kita boleh bakar kalori banyak-banyak, tapi exercise ni penat, tak larat!
  3. makan ubat kurus? - err.. yang ni saya tak recommend sebab risiko dia sangat tinggi.. terutamanya kalau kita tak tahu apa kandungan ubat tu semua.. actually, saya ada pengalaman sendiri makan produk kurus dari syarikat tak berapa nak popular yang janjikan saya boleh turun 10 kg dalam masa 1 minggu, memang kurus, saya turun almost 10kg, tapi saya kena duduk dalam hospital selama hampir 2 bulan sebab saya di diagnos dengan penyakit auto-immune.. Doc sahkan kandungan ubat tersebut triggers penyakit auto-immune tu.. too bad~
  4. tingkatkan metabolisme tubuh - yang ni ramai yang tak tahu macam mana nak buat.. so, this will be our main focus in this entry..

Sebelum kita bincang dengan lebih lanjut tentang macam mana nak tingkatkan metabolisme tubuh dan apa kaitannya dengan nak kurus ni, jom kita lihat dulu sebab dan alasan kenapa kita nak sangat kurus selain dari untuk memiliki bentuk badan yang menarik..

Gemuk ni sering dikaitkan dengan masalah kesihatan terutamanya bagi mereka yang dah capai tahap OBESITI.. Seperti dalam gambar di bawah, menjelaskan risiko-risiko bagi mereka yang obesiti ni..

kurus, metabolisme, cinch tea, shaklee, antioksidan

Perkara-perkara di atas ni adalah risiko yang paling ditakuti bila kita gemuk.. Jadi kita mesti nak kurus! Walaupun kebanyakkan dari kita sebenarnya nak kurus sebab nak nampak cantik, boleh pakai baju macam-macam pattern, tapi yang tersirat pasti sebab nak hindarkan diri dari risiko-risiko di atas. :)


APA KAITAN METABOLISME TUBUH DENGAN NAK KURUS?


Ada sesetengah orang, mereka ni kurang makan, tapi badan tetap jugak naik bagaikan di pam-pam.. Mereka ini tergolong dalam kumpulan manusia yang mempunyai tahap metabolisme yang rendah.. 

Metabolisme adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan tindak balas kimia yang berlaku di dalam tubuh manusia dalam mengekalkan keadaan kehidupan sel dan organisma tersebut. Metabolisme berkait rapat dengan nutrisi dan ketersediaan nutrisi tersebut dalam tubuh. 

Pembentukan tenaga adalah komponen penting dalam metabolisme. Tenaga akan terbentuk hasil pemecahan nutrien dalam badan melalui tindak balas kimia. Tenaga yang dihasilkan ini akan digunakan untuk mensintesis protein baru, asid nukleik dan sebagainya. 

Jadi, apa kaitan metabolisme dengan kurus? 

Apabila metabolisme tubuh seseorang itu tinggi, maka dia punya banyak tenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal yang secara tidak langsung dapat membakar lemak berlebihan di dalam badan. Manakala, bagi mereka yang mempunyai metabolisme yang rendah, penghasilan tenaga adalah sedikit. Hal ini menyebabkan mereka cepat merasa letih dan tidak dapat melakukan aktiviti fizikal untuk membakar lemak. Ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka cenderung untuk jadi lebih gemuk!

BAGAIMANA NAK TINGKATKAN METABOLISME TUBUH?


Ada macam-macam produk di luar sana yang berfungsi untuk meningkatkan metabolisme dalam tubuh manusia termasuklah produk dari Shaklee ini yang dikenali sebagai CINCH TEA..

kurus, metabolisme, cinch tea, shaklee, antioksidan

Cinch Tea terdiri daripada 3 jenis teh iaitu:
  • Teh Putih - membantutkan pembinaan sel lemak dan mengurangkan keinginan untuk makan
  • Teh Merah - mengurangkan selera makan
  • Teh Hijau - mengandungi antioksidan yang meningkatkan metabolisma dan pembakaran lemak
Pendek kata, CINCH TEA ini berkesan untuk kurangkan perasaan kita nak mengunyah sampai boroi! Ia juga membantu menjadikan kita lebih alert dan energetic!

Selain dari membantu menghasilkan tenaga, ia juga mengandungi bahan antioksidan yang dapat melindungi sel dari radikal bebas. Kehadiran kafein dalam teh ini juga menyediakan kesan rangsangan ke atas sistem saraf yang dapat meningkatkan mood, daya ingatan dan prestasi fizikal dan daya kognitif individu. 

So, apa tunggu lagi. Jangan cipta alasan lagi.. Jom kurus dengan Cinch Tea hari ini jugaa... Hanya dengan 1 sachet Cinch Tea setiap hari, anda mampu mengubah fizikal anda dan kehidupan anda~


Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk Shaklee @ nak bincang tentang masalah anda dan dapatkan cadangan supplemen yang bersesuaian serta nak buat TEMPAHAN, boleh hubungi saya (whatsapp/sms) di 01115538389
Konsultasi adalah secara PERCUMA!

JANGAN LUPA LIKE PAGE FB SAYA: ANGGUN JELITA SEMULAJADI

No comments:

Post a Comment

Thanks for ur feedback.. Will reply to u soon..